Selasa, Oktober 04, 2011

Sayang..Rindu..

Setiap kali baby saya bergerak-gerak di dalam perut ini, setiap kali itulah rasa sayang dan rindu padanya makin menebal. Ahh..adakalanya, saya rasa tidak sabar untuk memeluk dan menciumnya. Itu cara saya untuk meluahkan perasaan sayang dan rindu saya. Tetapi dalam masa yang sama, saya tidak mahu kehamilan saya berakhir. Terasa sangat istimewa menjadi wanita mengandung. (Hehe.. :D) Tetapi, sudah pastilah perkara itu mustahil. Mahu jumpa baby, maka haruslah beranak dahulu. Bila sudah beranak, maka sudah tidak mengandunglah. Huhuhu.. Tidak mengapa, selepas beranak boleh mengandung lagi. (Eh, belum beranak sudah bercita-cita mahu mengandung lagi. Haha!).

Perasaan saya ketika ini adalah sangat 'best'. Saya mendoakan agar semua wanita (yang sudah berkahwin terutama rakan-rakan saya) berpeluang untuk menikmati perasaan dan pengalaman ini. Saya juga berdoa agar rakan-rakan yang masih belum berumahtangga agar dipermudahkan urusan untuk bertemu jodoh dan seterusnya berpeluang melalui pengalaman ini. Moga Allah tabahkan hati kalian untuk terus berusaha, berdoa dan bertawakal padaNya. Allah tahu apa yang terbaik untuk kita semua. Yang penting, jangan berhenti berusaha dan berdoa, ok? Ganbatte! (^__^)v

4 ulasan:

humble.yat berkata...

assalamualaikum nazrah..
wah seronok sy baca blog ni..
nak2 org yg saya kenal..
semoga bahagia selalu yerk

pertma kali menjejak ke sini :-)

Nazrah Abdul Aziz berkata...

Wa'alaikumsalam Yati..

Apa khabar? Lama tak bersua. Hehe..

Macam mana boleh jumpa blog Naz ni? Tiba-tiba jadi malu dan segan pula. Haha..

Yati baru berkahwin ya? Selamat pengantin baru! Barokallahu lakuma wa baroka 'alaikuma wa jama'a bainakuma fi khoir..Semoga berbahagia hingga ke syurga! :)

humble.yat berkata...

dari facebook nazrah, kan ada link blog kat situ..pastu kan nazrah selalu update status fb..tu yg bleh jumpa blog ni, nanti sy letak blog nzrah dlm list sy yerk...:-)

nak wat like?seganla plak...blg picisan je..:-P

mujahidah Qawiey... berkata...

sweet...^_^ anugarah yang Allah bg pada wanita...