Ahad, Julai 29, 2012

Diari WAHM 29 Julai 2012

Alhamdulillah, sudah hampir seminggu saya bergelar WAHM.. :)

Perasaan saya? Sangat bahagian& tenang. Kenapa ya? Sebabnya ialah:

1) Kini saya tidak perlu lagi kelam kabut setiap pagi. Nak siapkan barang anak, buat sarapan untuk suami, buat kerja rumah dan lain-lain. Semasa bekerja dulu, memang sangat kelam kabut sebab kena kejar masa untuk ke pejabat. Sampaikan adakalanya saya tidak sempat langsung untuk menjamah sarapan pagi. Kini, semuanya boleh dilakukan dengan tenang sebab berkerja sendiri kan. Maka masa bekerja saya adalah sangat fleksibel.

2) Memandangkan saya kini bekerja sendiri, kalau mula kerja lambat takdelah rasa bersalah sangat. Ye la..dengan anak kecil ni, macam2 benda unexpected boleh berlaku. Ada masanya pagi2 anak sudah meragam, menuntut perhatian ibunya. Semasa bekerja dulu, saya tak sampai hati nak hantar anak ke babysitter dalam keadaan dia menangis. Seboleh2nya saya akan pastikan mood dia sudah ok barulah saya akan hantar ke rumah babysitter. Setiap kali saya berikan dia pada babysitter, saya akan pastikan dia senyum dulu baru saya pergi ke tenpat kerja. Jadi, adakalanya ini akan membuatkan saya lambat ke pejabat. Bila lambat, saya terpaksa maklumkan pada bos. Walaupun bos saya ok & memahami, tetapi di dalam hati saya tetap rasa tidak tenang. Tetapi kini tidak lagi. Saya adalah majikan untuk diri saya sendiri. Jadi, saya tidak perlu maklumkan pada sesiapa sekiranya saya bermula agak lambat dari biasa.

3) Semasa bekerja, adakalanya saya tidak sempat nak siapkan kerja rumah atau kerja bisnes saya. Jadi saya akan pergi kerja dalam keadaan separuh hati atau mungkin tiada hati langsung. Jasad sahaja ke tempat kerja tapi hati asyik terfikirkan anak & juga kerja rumah/bisnes yang tertangguh.

4) Dulu saya selalu tak sabar menanti waktu 'lunch hour'. Sebab waktu itu sahaja saya berpeluang untuk 'menjenguk' bisnes saya. Waktu itulah saya manfaatkan untuk membalas PM/komen/email pelanggan. Sampaikan saya sanggup tidak keluar makan bersama kawan2. Hampir setiap hari saya makan di cube sahaja sambil mengadap internet. Adakalanya bila kerja saya sudah siap & sedang menanti kerja seterusnya, saya akan gunakan masa tersebut untuk bisnes. Tetapi, terus terang saya katakan, hati saya memang tidak tenang. Risau akan keberkatan rezeki saya. Kini tiada lagi isu tersebut sebab memang saya sudah full time berbisnes. :)

Ada banyak lagi sebab sebenarnya. Tapi, saya tangguhkan dulu buat masa ini. InsyaAllah jumpa lagi di entri yang lain. Wassalam.. :)

Khamis, Julai 26, 2012

I'm now a WAHM! ^__^

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, 23 Julai yang lalu hari terakhir bekerja di Mahindra Satyam.
24 Julai, bermulalah kehidupanku sebagai seorang working-at-home-mom (WAHM).
Hati rasa sangat gembira dan tenang. Tidak lagi kelam kabut setiap pagi. Hehe..

Semalam, 25 Julai, tiba-tiba encik suami request roti kukus untuk berbuka.
Seingatku, ini kali pertama beliau request. Perasaanku? Rasa cambest! Hehe..

Hari ini pula daku berpeluang menggosokkan baju untuk encik suami pergi kerja. Perasaaan? Cambest juga!
Kenapa rasa cambest? Sebab barulah terasa macam isteri sejati. Heheh..

Mudah-mudahan perasaan tenang, bahagia serta cambest ni berkekalan sampai bila-bila.
Moga setiap hari yang kulalui leboh baik dari hari semalam.
Ku mohon kekuatan dariMu Ya Allah..
Amin ya mujib..