Selasa, November 20, 2012

Dunia adalah tempat untuk berusaha!

Fuhhh...selesai sudah membasuh pinggan mangkuk yang melambak di dapur. Huhu.. Buat pengetahuan semua, saya memang tidak berapa rajin membasuh pinggan. Jadi, selepas masak kalau tidak basuh terus memang melambaklah pinggan di dalam sinki itu. Adakalanya saya terfikir..tidak adakah orang kerdil yang mahu datang ke rumah saya malam-malam buta untuk tolong saya membasuh pinggan? Ini gara-gara terpengaruh dengan cerita orang kerdil yang tolong jahit kasut untuk Si Tukang Kasut. Sesungguhnya ia adalah mustahil! Kalau di syurga nanti mungkin 'possible'. Tapi, bila fikir semula, di syurga tidak perlu basuh pinggan langsung. Kalau mahu makan, fikir sahaja sudah ada di hadapan mata. Bestkan? Huhu..

Sepanjang membasuh pinggan tadi saya terfikir..dunia ini tidaklah seseronok mana pun. Mahu makan perlu masak dulu. Lepas masak dan makan perlu basuh pinggan pula. Kalau tidak mahu masak, boleh beli tetapi perlu ada duit. Mahu dapat duit perlu bekerja. 'Kan tak best tu?'. Jadi, kesimpulannya ialah di dunia ini mahu apa pun perlu berusaha! Itu pun tak semestinya kita berusaha kita akan dapat. Kalau Allah izinkan barulah dapat. Tak best kan? Huhu..

Lainlah di syurga nanti, baru niat sudah dapat depan mata. Seronok sungguh!Tapi....bukanlah bermakna kita tidak perlu berusaha langsung. Cuma usaha kita itu perlu dilakukan di dunia ini. Kita perlu berusaha membuat amal kebaikan agar kita ditempatkan di syurga kelak. Maka, berbalik kepasa kesimpulan yang saya buat tadi ialah DUNIA ADALAH TEMPAT UNTUK BERUSAHA! Jadi, sudah alang-alang kita berusaha, marilah kita pastikan setiap usaha kita itu boleh membawa kita ke syurga. Caranya? Jadikanlah apa-apa yang kita lakukan di dunia sebagai IBADAH!

Ibadah itu bukan sekadar solat, puasa, membaca Quran dan sebagainya. Malah setiap apa yang kita lakukan di dunia ini boleh dijadikan IBADAH. Syaratnya ada 5 iaitu:

1. Niat mesti betul
2. Perkara yang dibuat sah / halal ikut syariat
3. Perlaksanaan mesti betul.
4. Natijah mesti betul
5. Tidak meninggalkan perkara yang asas (ibadah asas)

Untuk penerangan lebih lanjut tentang syarat-syarat ibadah ini boleh baca di blog ini.. :) http://mindaikhwan.blogspot.com/2010/01/5-syarat-ibadah.html

Tiada ulasan: