Selasa, Oktober 08, 2013

Aisyah dapat kawan baru!

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

Sekarang sedang menyusukan Aisyah. Sambil itu tulis blog. Multitasking gitu. Hehe.

Alhamdulillah, semalam dapat anak murid baru. Sebelum ini ajar mengaji Aliyah seorang sahaja. Aliyah berumur 6 tahun. Petang (isnin-khamis) belajar mengaji, malam (selasa&rabu) belajar tuisyen Bahasa Inggeris. :)

[Dari kiri: Iera (anak jiran), Aliyah (anak murid), Aisyah (anak kandung)]

Semalam datang lagi seorang anak murid baru, Najah, yang berumur 2 tahun 9 bulan. Lahir sama tahun dengan Aisyah tapi dia bulan 1, Aisyah bulan 12. Dah macam adik dengan kakak dah. Hehe.

[Aisyah yang kurus & Najah yang tembam]

Alhamdulillah, bertambah lagi legasi Quranku (#QuranLEGACY) dan bertambah lagi 'pencen kubur'ku inshaa Allah. Moga Allah pelihara niatku untuk mendidik anak-anak ini menjadi hamba & khalifah Allah. Inshaa Allah, amin..




Tiada ulasan: