Rabu, Oktober 10, 2012

Surah Al-fatihah ~ Munajat antara hamba & Allah SWT

Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda, "Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagikan (kandungan makna) surah al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca, 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam,'
Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai di Hari Pembalasan,'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku,'
Lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah memasrahkan urusannya kepada-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan,'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'
Apabila dia membaca, 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat (iman) kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat,'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapat apa yang dia pinta.'"

(HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majah).

Sumber: Tafsir Quran Per Kata karangan Dr. Ahmad Hatta, MA. Terbitan Maghfirah Pustaka

Marilah kita sama-sama menghayati setiap patah perkataan dalam surah al-Fatihah yang kita baca semasa solat sambil membayangkan yang kita sedang berhadapan dengan Allah dan Allah pula menjawab setiap doa kita di dalam surah tersebut. Mudah-mudahan kita beroleh kusyuk di dalam solat.

Untuk lebih mudah memahami atau menghafal makna surah al-Fatihah, boleh juga beli CD Voice of Ummi yang dijual di My Little Aisyah Shop. Lagunya sangat 'catchy' dan juga comel. :)

Tiada ulasan: