Selasa, Oktober 16, 2012

Tips Anak Genius? ;)


TIPS ANAK GENIUS? ;)

Dulu masa mengandungkan Aisyah, ada seorang kawan saya beritahu. Kalau mahu anak genius, makan buah delima banyak-banyak. Maka selepas itu bermulalah pencarian buah delima. Siapa tak nak anak genius kan? Haha..



Agak payah nak jumpa buah delima sekarang ni. Kalau ada pun harganya agak mahal dan mungkin juga tak berapa fresh. Nak makan buah delima ni agak leceh juga. Sebab kena korek isinya. Pastu dalam setiap isi kecil2 tu pula ada biji. Jadi, bila makan, terpaksa kunyah sekali biji itu. (Ke saya yang tak reti nak makan?) Huhu..

Masa tu tak tahu lagi kewujudan jus delima ni. Kalau tahu, mesti dah beli dah. Hehe.. Jus delima Ya Mal Alsham ni sangat pekat. Memang jus delima asli. Boleh bancuh dengan air. Letak sikit pun dah ok. Rasanya masam-masam sebab buah delima pun masam kan.

Minum sejuk sedap, panas pun sedap. Kalau sesiapa yang loya-loya tu sesuai la minum untuk hilangkan loya. (Haih..cerita pasal jus ni pun dah meleleh air liur..huhu..) Kalau nak manis sikit, campur dengan madu..sedap! :) Ohh..ibu mertua saya, mama Norliah Hassan lagi kreatif. Beliau campurkan sedikit jus delima ni masa nak marinate ayam. Sedap tau. Saya dah cuba dah. Hehe..

Jadi, kepada sahabat2ku yang pregnant ke tak ke.. (takut nanti ada yang tanya..yang tak pregnant tak boleh minum ke? Huhu..) kalau nak beli jus delima ni bolehlah beli dari Naz ye. Boleh tengok di sini.. ;)

http://nazrahkushop.blogspot.com/2012/09/ekstrak-jus-delima-250ml.html






Rabu, Oktober 10, 2012

Surah Al-fatihah ~ Munajat antara hamba & Allah SWT

Abu Hurairah mengatakan bahawa suatu saat Rasulullah SAW bersabda, "Allah telah berfirman, 'Aku telah membahagikan (kandungan makna) surah al-Fatihah untuk-Ku dan untuk hamba-Ku menjadi dua bahagian, dan Aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'

Apabila dia membaca, 'Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta Alam,'
Allah akan membalasnya dengan berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Zat Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah memuji-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Yang menguasai di Hari Pembalasan,'
Allah berfirman, 'Hamba-Ku telah mengagungkan-Ku,'
Lalu Allah berfirman sekali lagi, 'Hamba-Ku telah memasrahkan urusannya kepada-Ku.'
Apabila dia membaca, 'Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan,'
Allah berfirman, 'Ini adalah urusan antara Aku dan hamba-Ku, dan aku akan mengabulkan apa yang hamba-Ku pinta.'
Apabila dia membaca, 'Tunjukilah kami jalan yang lurus, (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau beri nikmat (iman) kepada mereka; bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat,'
Allah berfirman, 'Ini adalah untuk hamba-Ku, dan dia akan mendapat apa yang dia pinta.'"

(HR. Muslim, Abu Dawud, Tirmidzi, Nasa'i, dan Ibnu Majah).

Sumber: Tafsir Quran Per Kata karangan Dr. Ahmad Hatta, MA. Terbitan Maghfirah Pustaka

Marilah kita sama-sama menghayati setiap patah perkataan dalam surah al-Fatihah yang kita baca semasa solat sambil membayangkan yang kita sedang berhadapan dengan Allah dan Allah pula menjawab setiap doa kita di dalam surah tersebut. Mudah-mudahan kita beroleh kusyuk di dalam solat.

Untuk lebih mudah memahami atau menghafal makna surah al-Fatihah, boleh juga beli CD Voice of Ummi yang dijual di My Little Aisyah Shop. Lagunya sangat 'catchy' dan juga comel. :)

Jumaat, Oktober 05, 2012

Berkorban kerjaya demi keluarga tercinta

Teks: Nazrah Abdul Aziz

Saya baru bergelar WAHM semenjak 2 bulan lalu. 23 Julai 2012 adalah hari terakhir saya bekerja sebagai Software Test Engineer di salah semua syarikat IT yang agak terkemuka di Malaysia. Saya mengorbankan kerjaya saya sebagai jurutera demi keluarga saya yang tercinta. Bukan mudah untuk membuat keputusan sebegini namun setelah istikarah, Allah berikan pelbagai jawapan kepada saya untuk memilih jalan ini. Dan saya yakin, ini adalah jalan terbaik buat saya dan keluarga.

Sejak saya mengandungkan anak pertama, saya mempunyai VISI tersendiri terhadap anak serta hala tuju keluarga saya. Agak payah untuk kami mencapai VISI tersebut sekiranya saya terus bekerja makan gaji. Setelah saya melahirkan anak saya, saya memulakan perniagaan barangan bayi My Little Aisyah Shop dan 7 bulan selepas itu saya melepaskan jawatan saya.

Alhamdulillah, setelah bergelar WAHM, hati saya lebih tenang dan bahagia. Kini fokus saya adalah pada PASSION saya iaitu keluarga & juga perniagaan. Kehidupan saya,  keluarga serta perniagaan saya lebih terurus. Saya dapat menjaga serta mendidik sendiri anak saya demi untuk membentuk beliau menjadi anak yang solehah, hafizah dan ahli syurga insyaAllah. Saya juga dapat masak sepenuhnya di rumah untuk suami dan anak saya. Dengan itu insyaAllah saya dapat menyediakan makanan yang halal toyyiban serta berkhasiat buat mereka.

Bekerja di rumah juga memberikan saya kebebasan untuk mengurus sendiri masa saya tanpa terikat dengan waktu pejabat. Jadi, saya menggunakan sepenuhnya masa saya untuk menguruskan rumah, menjalankan perniagaan saya dan juga mendidik anak saya. Dahulu ketika saya bekerja makan gaji, walaupun saya sudah menyiapkan kerja lebih awal dari masa yang diberi, saya tetap 'terpaksa' menghabiskan masa di pejabat. Bagi saya, lebih baik saya gunakan masa tersebut untuk keluarga dan perniagaan saya.

Selain itu, sekarang saya juga punya masa untuk melibatkan diri dalam kerja amal, dakwah dan juga mengajar mengaji. Saya menjadi sukarelawan untuk komuniti Lovely Life yang memberikan sokongan kepada ibu-ibu samada yang bekerja sepenuh masa, bekerja di rumah atau menjadi suri rumah. Pada waktu petang pula saya gunakan untuk mengajar anak jiran saya mengaji al-quran. InsyaAllah selain anak saya, anak-anak didikan saya juga akan menjadi pencen kubur untuk saya kelak.

Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran yang dilalui setelah bergelar WAHM, namun saya bahagia dengan jalan yang saya pilih ini. Mudah-mudahan saya berjaya mendidik anak-anak saya menjadi hafizah, dan dalam masa yang sama mengembangkan perniagaan saya sehingga ke tahap yang membanggakan. Amin Ya Mujib.. :)