Isnin, September 03, 2012

Resepi Oatmeal Fingers

Hari tu mama belikan Aisyah rice cracker, Baby Bites. Aisyah sangat suka makan rice cracker tu. Tapi dari pembacaan, tak berapa elok rupanya makan Baby Bites tu. Sori Aisyah.

Lepas ni mama berazam nak buatkan homemade snacks pula untuk Aisyah. Yang ni sangat senang. InsyaAllah nak cuba buat.

Resepi ini di'copy-paste' dari komen video berikut:

You need quick rolled oats and milk. Add 3 tablespoons of oats and 3 tablespoons of milk into the bowl. mix it up and let it sit for about 5-10 mins. Then put it in the microwave for 1 min & 30 secs. Let them cool down a little, then cut them, then let them cool some more, then give it to your little one!



Resepi Oatmeal Fingers

Bahan-bahan:
3 sb oat
3 sb susu (susu ibu terbaik!)

Cara-cara:
1) Campurkan oat & susu, gaul hingga sebati dan biarkan selama 5-10minit.
2) Panaskan di dalam microwave selama 1min 30saat dan sejukkan sebentar.
3) Apabila ia mula mengeras, potong & sejukkan lagi. Kemudian boleh bagi pada baby! :)

Tiada ulasan: