Isnin, Jun 04, 2012

Aisyah jatuh katil!

Hari ini, 4 Jun 2012 'officially' adalah kali pertama Aisyah jatuh katil!

Alkisah lepas mama susukan Aisyah, dia tertidur atas katil. Mama pun terus bangun pergi mandi. Masa nak pergi mandi tu memang ada terdetik takut Aisyah jatuh katil tapi mama biarkan sahaja perasaan tu berlalu pergi. Lepas mandi mama nak masuk bilik nak solat maghrib. Mama tengok katil kosong. Mama terus pandang abah yang tengah mengadap komputer sebab kalau Aisyah bukan di katil, dah tentulah abah yang ambil dan pegang dia. Tapiiiiiiii... Aisyah takde kat abah!

Mama panik, terus jerit..'abang!' sambil masuk bilik cari Aisyah. Abah Aisyah berlari masuk bilik dan dalam masa yang sama mama nampak Aisyah terbaring sorang2 atas lantai dalam kegelapan. Dia dah terjaga masa tu, matanya bulat je pandang sekeliling. Yang lawaknya, Aisyah senyap je tak menangis langsung. Bila abah angkat dia siap boleh tersenyum dan gelak-gelak lagi. Hahaha.. Bila mama bercerita semula kat abah, dia siap pandang mama senyum-senyum. Macam tau2 je mama bercerita tentang dia. Huhuhu..

Alhamdulillah, katil kami rendah dan alhamdulillah juga Aisyah tak apa-apa. Maaf Aisyah, mama tak buat pagar supaya Aisyah tak jatuh katil. Terima kasih Aisyah sebab senyum2 macam tu buat mama kurang atau hampir tiada rasa bersalah buat Aisyah jatuh katil. Haha..

Aisyah oh Aisyah..sememangnya Aisyah adalah anak yang solehah, penyejuk hati dan mata mama dan abah.   :)

Tiada ulasan: