Selasa, Julai 27, 2010

Salam :)

Bismillahirrahmanirrahim..~~

Saya mulakan penulisan saya hari ini dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih.

Untuk pengetahuan para pembaca. Blog ini adalah blog saya yang entah ke berapa. Terlalu banyak blog yang saya buat sehinggakan ia tidak terurus. Kesudahannya, saya hapuskan kesemua blog saya dan memulakan blog ini. Tujuan utama blog ini adalah untuk berkongsi apa-apa sahaja yang bermanfaat untuk saya dan para pembaca.

Salah satu perkara yang saya suka lakukan ialah melayari internet. Apabila ada apa-apa sahaja yang ingin saya ketahui, pasti saya akan menggunakan google untuk mencari jawapan. Namun, akhirnya ia terhenti di situ sahaja. Mungkin selepas ini saya boleh kongsikan apa yang saya dapat dari pembacaan saya itu di sini. Ia bukan sahaja boleh membantu sesiapa sahaja yang mungkin mempunyai minat yang sama, malah mungkin para pembaca juga boleh berkongsi ilmu yang mereka ada. Selain dari itu, dengan mencoretkannya di sini, dapatlah saya membacanya kembali sekiranya saya mempunyai persoalan yang sama pada masa akan datang. Tidak perlulah saya mencarinya semula.

Apa yang saya harapkan ialah kita semua mendapat manfaat daripada blog ini. Moga Allah beri kekuatan kepada saya untuk sentiasa mengemaskini blog ini. Dan mudah-mudahan ada saham akhirat (saham baik) yang saya dapat hasil dari perkongsian di blog ini. Amin Ya Rabbal A'lamin..

Sekian, terima kasih.

Wassalam..~~

Tiada ulasan: