Teks: Nazrah Abdul Aziz
Saya baru bergelar WAHM semenjak 2 bulan lalu. 23 Julai 2012 adalah hari terakhir saya bekerja sebagai Software Test Engineer di salah semua syarikat IT yang agak terkemuka di Malaysia. Saya mengorbankan kerjaya saya sebagai jurutera demi keluarga saya yang tercinta. Bukan mudah untuk membuat keputusan sebegini namun setelah istikarah, Allah berikan pelbagai jawapan kepada saya untuk memilih jalan ini. Dan saya yakin, ini adalah jalan terbaik buat saya dan keluarga.
Sejak saya mengandungkan anak pertama, saya mempunyai VISI tersendiri terhadap anak serta hala tuju keluarga saya. Agak payah untuk kami mencapai VISI tersebut sekiranya saya terus bekerja makan gaji. Setelah saya melahirkan anak saya, saya memulakan perniagaan barangan bayi My Little Aisyah Shop dan 7 bulan selepas itu saya melepaskan jawatan saya.
Alhamdulillah, setelah bergelar WAHM, hati saya lebih tenang dan bahagia. Kini fokus saya adalah pada PASSION saya iaitu keluarga & juga perniagaan. Kehidupan saya, keluarga serta perniagaan saya lebih terurus. Saya dapat menjaga serta mendidik sendiri anak saya demi untuk membentuk beliau menjadi anak yang solehah, hafizah dan ahli syurga insyaAllah. Saya juga dapat masak sepenuhnya di rumah untuk suami dan anak saya. Dengan itu insyaAllah saya dapat menyediakan makanan yang halal toyyiban serta berkhasiat buat mereka.
Bekerja di rumah juga memberikan saya kebebasan untuk mengurus sendiri masa saya tanpa terikat dengan waktu pejabat. Jadi, saya menggunakan sepenuhnya masa saya untuk menguruskan rumah, menjalankan perniagaan saya dan juga mendidik anak saya. Dahulu ketika saya bekerja makan gaji, walaupun saya sudah menyiapkan kerja lebih awal dari masa yang diberi, saya tetap 'terpaksa' menghabiskan masa di pejabat. Bagi saya, lebih baik saya gunakan masa tersebut untuk keluarga dan perniagaan saya.
Selain itu, sekarang saya juga punya masa untuk melibatkan diri dalam kerja amal, dakwah dan juga mengajar mengaji. Saya menjadi sukarelawan untuk komuniti Lovely Life yang memberikan sokongan kepada ibu-ibu samada yang bekerja sepenuh masa, bekerja di rumah atau menjadi suri rumah. Pada waktu petang pula saya gunakan untuk mengajar anak jiran saya mengaji al-quran. InsyaAllah selain anak saya, anak-anak didikan saya juga akan menjadi pencen kubur untuk saya kelak.
Alhamdulillah, walaupun banyak cabaran yang dilalui setelah bergelar WAHM, namun saya bahagia dengan jalan yang saya pilih ini. Mudah-mudahan saya berjaya mendidik anak-anak saya menjadi hafizah, dan dalam masa yang sama mengembangkan perniagaan saya sehingga ke tahap yang membanggakan. Amin Ya Mujib.. :)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan