Khamis, Januari 13, 2011

10 Sahabat Rasulullah Yang Dijanjikan Syurga

Bismillahirrahmanirrahim...Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


InsyaAllah hari ini saya mahu kongsikan tentang 10 orang sahabat Rasulullah S.A.W. yang dijanjikan syurga. Sebenarnya ramai lagi sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga tetapi 10 orang sahabat di bawah disebut dalam satu Hadis:


عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ سَعِيدَ بْنَ زَيْدٍ حَدَّثَهُ فِي نَفَرٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ عَشَرَةٌ فِي الْجَنَّةِ أَبُو بَكْرٍ فِي الْجَنَّةِ وَعُمَرُ فِي الْجَنَّةِ وَعُثْمَانُ وَعَلِيٌّ وَالزُّبَيْرُ وَطَلْحَةُ وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ وَأَبُو عُبَيْدَةَ وَسَعْدُ بْنُ أَبِي وَقَّاصٍ قَالَ فَعَدَّ هَؤُلَاءِ التِّسْعَةَ وَسَكَتَ عَنِ الْعَاشِرِ فَقَالَ الْقَوْمُ نَنْشُدُكَ اللَّهَ يَا أَبَا الْأَعْوَرِ مَنِ الْعَاشِرُ قَالَ نَشَدْتُمُونِي بِاللَّهِ أَبُو الْأَعْوَرِ فِي الْجَنَّةِ قَالَ أَبُو عِيسَى أَبُو الْأَعْوَرِ هُوَ سَعِيدُ بْنُ زَيْدِ بْنِ عَمْرِو

Ertinya : 
“ Daripada Abdul Rahman Bin Humaid, daripada bapanya : Sesungguhnya Said Bin Zaid pernah menceritakan kepadanya mengenai satu kumpulan , dengan katanya : Pernah Baginda Rasulullah s.a.w bersabda : 10 orang yang akan memasuki syurga iaitu (1) Abu Bakar, (2) Umar, (3) Utsman, (4) Ali, (5) Zubair, (6) Tolhah, (7) Abdul Rahman, (8) Abu ‘Ubaidah, (9) Sa’ad Bin Abu WaqqasMaka beberapa orang yang mengira-ngira jumlah semua yang dijanjikan dengan syurga itu bertanya, di manakah lagi seorang? Lalu mereka bertanya kepada Said Bin Zaid : Demi Allah Wahai Abu A’awar! Siapakah dia orang yang kesepuluh itu? Maka Said Bin Zaid pun menjawabnya: Bukankah kamu sendiri telah bersumpah bahawa Abu A’awar itu pun adalah di kalangan mereka yang dijanjikan syurga?“. – Imam Abu ‘Isa (At-Tirmidzie) menyatakan: “Abu A’awar itu sendiri adalah Said Bin Zaid Bin ‘Amru“ . ~ ( Hadis Sahih riwayat Imam At-Tirmidzie, di dalam Kitab Al-Manaqib: 3681 ) dan hadis seumpama ini diriwayatkan juga oleh Imam Abu Dawud rh di dalam sunannya – Kitab As-Sunnah : 4031 dan juga Imam Ahmad – Musnad Al-Ansar : 21, 088 )

Kesimpulannya, 10 orang sahabat Rasulullah yang dijanjikan syurga ialah:

1- Saidina Abu Bakar As-Siddiq (ra).
2- Saidina Umar Al-Khattab (ra).
3- Saidina Utsman Bin Al-‘Affan (ra).
4- Saidina Ali Bin Abu Talib (ra).
5- Saidina Zubair Bin Al-‘Awwam (ra).
6- Saidina Tolhah Bin ‘Ubaidillah (ra).
7- Saidina Abdul Rahman Bin ‘Auf (ra).
8- Saidina Abu ‘Ubaidah ‘Amir Bin Al-Jarrah (ra).
9- Saidina Sa’ad Bin Abu Waqqas (ra).
10- Saidina Sa’id Bin Zaid (ra).

InsyaAllah, sekiranya berkesempatan saya akan kongsikan pula cerita mengenai setiap seorang sahabat Nabi di atas. Mudah-mudahan dengan mengenali mereka kita dapat mencontohi sifat-sifat mereka dan seterusnya mengikut jejak langkah mereka ke syurga. InsyaAllah...

Tiada ulasan: