Sabtu, Mac 24, 2012

Perkembangan Aisyah Humaira' 3 - 4 bulan

1) Masuk je 3 bulan Aisyah sudah kurang membuang air besar. Mama happy sebab tak perlu la mama menyental CD selalu. Huhu.. Tapi mama risau juga sebab masa mula-mula tu sampai 6 hari Aisyah tak buang air besar. Jumpa doktor, doktor cakap kalau sampai 7 hari tak kareb, hari ke-8 datang klinik. Doktor mahu masukkan ubat punggung.

2) Masa cucuk 3 bulan Aisyah tak menangis langsung. Ajaib! Adakah kerana doktor itu pandai cucuk (yang sebelum2 ni semuanya Aisyah melalak) atau sebab doktor baca selawat sebelum cucuk atau sebab Aisyah distracted dengan ubat makan (rotavirus) yang doktor bagi sebelum cucuk atau sebab Aisyah sudah besar. Yang pasti, anak mama memang tough! :)

3) Aisyah sudah mula belajar2 pusing. Selalunya kami kena mengiringkan badan Aisyah baru dia boleh pusing. Tapi, pada minggu pertama Aisyah sudah boleh pusing sendiri tanpa diiringkan dahulu. Setelah beberapa hari mencuba, akhirnya pada minggu kedua (21 Mac 2012) Aisyah sudah berjaya meniarap sendiri (tanpa tangan tersangkut di bawah badan). Sebelum tu tangan dia asyik tersangkut je. Tapi Aisyah masih belum mahir la. Masih berlatih lagi. Kalau berjaya pun tak boleh meniarap lama-lama. Dia cepat penat dan end-up, dia akan menangis kalau dibiarkan. Huhuhu.. Takpe2..Aisyah masih lagi dalam proses belajar. Practise makes perfect! ;)

4) Nanti sambung lagi bila ada perkembangan terbaru.. ;)

Selasa, Mac 06, 2012

Diari Aisyah Humaira': Perkembangan Aisyah (0-1, 1-2, 2-3 bulan)

Berikut adalah perkembangan Aisyah Humaira'..

0-1 bulan:

1) Mama & Aisyah sama-sama masih baru belajar menyusu & menyusukan. Mulut Aisyah yang kecil menyebabkan agak sukar Aisyah nak latch. Selalunya masa Aisyah melalak baru dia buka mulut besar. Jadi, abah tolong ajar Aisyah cara buka mulut besar-besar. Lama-lama Aisyah pun pandai latch.. :)

2) Aisyah pandai senyum sikit2. Susah nak tengok dia senyum.

3) Aisyah pandai menyusu dalam posisi baring.

4) Aisyah pandai tidur mengiring.

1-2 bulan:

1) Dah makin pandai latch. Mulut pun dah makin besar. Senang nak latch.

2) Makin pandai & kerap senyum

3) Dah pandai 'berborak', keluar suara yang comel!

4) Pandai tidur meniarap. Lebih nyenyak tidur kalau meniarap.

5) Masa tidur boleh berpusing. Selalunya dia tidur melintang atas katil! Huhu..

6) Dah boleh nampak benda bergerak. Kalau abah dia jalan, mata dia mengekor je. Dia suka tengok kipas berpusing, gambar-gambar dan lain-lain.

2-3 bulan:

1) Dah takde masalah nak latch. Sedut je terus masuk mulut. Sedutan Aisyah kuat. Boleh terasa susu keluar.

2) Asyik senyum je kerja dia. Lepas buang air/angin dia senyum, tukar CD dia senyum, bangun tidur tengah malam dia senyum, macam-macam lagilah. Cair hati mama ni. Kalau mengantuk boleh hilang mengantuk. Kalau penat, boleh hilang penat. Setiap kali Aisyah senyum, mama jatuh chenta! ^__^

3) Makin galak berborak. kalau bawa keluar ke mana-mana, lepas balik rumah, bukan main lagi dia berborak. Paling Aisyah suka ialah berborak dengan abah dia.

4) Masa umur Aisyah 2 bulan, mama dah tak pakaikan mittens supaya Aisyah boleh explore jari jemari dia. Kadang2 jari dia buka, kadang2 genggam. Dia suka 'makan' tangan dia. Dia dah boleh pegang jari mama & abah. Dah boleh pegang baju juga.

5) Kalau ada bunyi yang kuat, dia akan terkejut atau terpinga-pinga sambil mencari-cari bunyi apa yang dia dengar.

6) Pandai pandang kamera. Kalau nampak kamera je terus 'terpegun'. Kalau tengah senyum, terus tak senyum dah. Kalau tengah berborak, terus senyap. Huhuhu..

7) Ada habit menghisap lengan baju sebelum/semasa tidur atau sebelum menyusu.

Setakat ni je yang mama ingat. InsyaAllah akan tambah lagi kemudian kalau teringat apa-apa. Mama doakan agar Aisyah membesar sebagai anak yang solehah, sihat, cergas & cerdas. Amin..

Selasa, Disember 27, 2011

Alhamdulillah..alhamdulillah..alhamdulillah..

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam.

Rasanya berjuta-juta, berbillion-billion alhamdulillah pun tak cukup untuk menggambarkan betapa bersyukurnya saya dengan segala nikmat yang telah Allah kurniakan kepada saya.

Alhamdulillah, saya sudah selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 11 Disember 2011. Alhamdulillah, segala-galanya mudah dan berjalan lancar. Sangat mudah saya melahirkannya. Sekali teran sudah keluar. Alhamdulillah, anak saya sihat dan sempurna. Rezekinya juga murah, melimpah ruah. Sangat banyak susu saya keluar sehingga basah baju. Alhamdulillah, bayi saya juga tidak kena kuning. Mungkin kerana susu saya yang banyak dan dia juga rajin menyusu. Alhamdulillah, anak saya tidak banyak ragam. Mudah menjaganya. Dia menangis atau berjaga malam setiap kali nak menyusu sahaja.

Alhamdulillah, saya dikurniakan suami yang sangat memahami, prihatin, bertanggungjawab...(opss..cukup..tak boleh puji lebih-lebih..nanti beliau kembang. Huhu..). Sejak saya mengandung lagi beliau banyak membantu saya, melayan kerenah saya, membawa atau membelikan saya makanan yang saya mahu makan dan macam-macam lagi. Semasa dalam proses melahirkan anak juga beliau sangat membantu. Kehadiran beliau di labour room sangat bermakna untuk saya.

Selepas melahirkan anak, beliaulah yang menjaga saya dan anak kami di hospital, juga di rumah. Beliaulah yang tolong pakaikan stokin untuk saya, tolong ambilkan makanan atau apa-apa barang yang saya mahu, mendengar luahan atau apa-apa cerita saya, tolong basuhkan pad (semasa di hospital saya sangat tidak larat untuk membongkok atau berdiri lama), tolong sediakan air mandi dan air rendaman untuk saya, tolong sediakan tungku untuk saya, tolong mandi dan siapkan baby setiap pagi dan petang, tolong hulurkan baby bila baby nak menyusu dan macam-macam lagi. Bila difikir-fikir semula pengorbanan beliau, saya rasa sangat terharu. Rasa macam nak nangis pun ada. Mudah-mudahan saya boleh, mampu, dapat menjadi isteri yang lebih baik buat beliau selepas ini.

Alhamdulillah, alhamdulillah, alhamdulillah.. Moga nikmat-nikmat tersebut lebih mendekatkan saya padaNya dan menjadikan saya hamba yang lebih baik. Amin Ya Mujib...


Jumaat, Disember 16, 2011

Diari Kehamilanku ^__^

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang...


P/s: Entri ini akan sentiasa berada di atas sehinggalah saya selamat melahirkan bayi di dalam kandungan saya ini. Untuk entri terkini, boleh 'scroll' ke bawah. Terima kasih. :)



Doa Mudah Bersalin dan Kesejahteraan Anak Dalam Kandungan

Ya Allah, peliharalah anakku selama ia berada di dalam kandunganku dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penawar melainkan penawar-Mu, penawar yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, Engkau perelokkanlah kejadiannya yang sempurna dan tetapkanlah hatinya agar beriman kepada-Mu dan kepada Rasul-Mu. Ya Allah, zahirkanlah dia ke dunia dengan mudah dan selamat. Ya Allah, anugerahkanlah dia kesihatan yang sempurna, berakal dan bijaksana, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya dalam ketaatan, sihatkanlah tubuh badannya, dan indahkanlah akhlaknya, fasihkanlah lidahnya, perelokkanlah suaranya untuk membaca al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhamad s.a.w. dan segala puji bagi Allah Tuhan Semesta Alam.


Lilypie Pregnancy tickers

Lilypie Maternity tickers






Jumaat, Disember 09, 2011

Alhamdulillah, encik suami sudah boleh main game! :)

Malam tadi selepas maghrib secara tiba-tiba encik suami diserang asma yang agak teruk. Sampaikan saya kena bawa beliau ke klinik. Di klinik jururawat beri beliau sedut nebulizer. Selepas itu barulah ok. Balik rumah, selepas makan ubat beliau sudah boleh main game. Alhamdulillah, syukur...

Kesimpulannya, selepas ini bersyukurlah sekiranya suami anda main game. Sebab itu tandanya dia SIHAT! Kalau tak sihat, nak main game pun tak boleh. :)

Selasa, November 15, 2011

Perjuangan Antara Hidup & Mati

Alhamdulillah malam tadi saya berkesempatan berusrah dengan Nusaibah (naqibah), Laila & Malia. Seperti biasa usrah kami dimulakan dengan bacaan al-Quran serta terjemahannya. Kemudian diteruskan dengan perbincangan serta soal jawab berkaitan isu Palestin & Israel. Selepas itu Nusaibah membacakan kami sebuah buku bertajuk Khowatir Quraniyyah: Kunci Memahami Surat-surat Al-Quran.

Setelah majlis ditutup, Nusaibah mula membuka topik tentang bersalin. Pesan Nusaibah...Bersalin adalah perjuangan antara hidup dan mati. Ia mungkin permulaan kepada satu kehidupan yang baru atau sebaliknya. Oleh itu, ibu mengandung seharusnya memperbanyakkan taubat, zikir dan membaca al-Quran.

Secara jujurnya, sebelum ini saya belum rasa takut lagi untuk bersalin tetapi apabila Saibah sebut tentang antara hidup & mati, secara tiba-tiba saya rasa takut. Takut apa? Takut MATI! Kenapa takut mati? Mungkin sebab saya rasa saya belum bersedia lagi untuk menghadapi kematian. Sedangkan mati itu adalah pasti. (T__T)

Malam tadi saya bermuhasabah diri...selama ni saya banyak buat persiapan fizikal & mental sahaja. Saya asyik google tentang breastfeeding, cloth diaper, hypnobirthing dan lain-lain. Persiapan secara spiritual pula amat kurang. Selain berdoa, alhamdulillah, Ramadhan lepas saya sudah khatam al-Quran. Selepas itu, saya cuma berkesempatan membaca surah Yusuf & Maryam serta terjemahannya. Banyak lagi surah yang perlu saya baca terjemahannya. Mudah-mudahan masih sempat.

Pagi ni, bangun dari tidur saya terfikir.. Apa yang saya mahu lakukan sebelum saya meninggal dunia? Hurmmm.. Fikir, fikir, fikir!




Sabtu, Oktober 29, 2011

Gedix In Action!

Introducing...Si Gedix!


Gedix adalah kucing yang cerdik! Semenjak saya mengandung, kami melarang Gedix dari masuk ke rumah kerana risaukan virus toxoplasma yang merbahaya untuk ibu dan kandungan. Jadi semenjak itu Gedix takkan masuk ke rumah kami kecuali kalau ada kucing putih yang mengganggunya. Itupun, Gedix hanya akan masuk dan bersembunyi di sebalik langsir. Kucing yang mendengar kata, bijak! Sayang Gedix! :)