Khamis, Julai 26, 2012

I'm now a WAHM! ^__^

Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah, 23 Julai yang lalu hari terakhir bekerja di Mahindra Satyam.
24 Julai, bermulalah kehidupanku sebagai seorang working-at-home-mom (WAHM).
Hati rasa sangat gembira dan tenang. Tidak lagi kelam kabut setiap pagi. Hehe..

Semalam, 25 Julai, tiba-tiba encik suami request roti kukus untuk berbuka.
Seingatku, ini kali pertama beliau request. Perasaanku? Rasa cambest! Hehe..

Hari ini pula daku berpeluang menggosokkan baju untuk encik suami pergi kerja. Perasaaan? Cambest juga!
Kenapa rasa cambest? Sebab barulah terasa macam isteri sejati. Heheh..

Mudah-mudahan perasaan tenang, bahagia serta cambest ni berkekalan sampai bila-bila.
Moga setiap hari yang kulalui leboh baik dari hari semalam.
Ku mohon kekuatan dariMu Ya Allah..
Amin ya mujib..

Tiada ulasan: