Alhamdulillah, kandunganku sudah berusia 29 minggu. Ini bermakna, kehamilanku sudah menjengah trimester ketiga! Yeay! Dalam trimester ketiga ni, perut semakin cepat membesar, sangat ketara ok. Mungkin sebab baby pun cepat membesar kot, sedang mengumpul lemak. Hehe.. Bila baby susah semakin membesar, pergerakan dia pun makin aktif dan makin terasa. Entah apa yang dia buat kat dalam ni. Pusing sana, pusing sini, bergolek-golek, menendang atas bawah kiri kanan, dan kadang-kala dia tersedu (hiccup). Sangat comel! Hehe.. ^__^
Perasaanku setiap kali dia bergerak? Sangat bahagia! Itu tandanya dia sihat di dalam. Tapi kalau dia aktif semasa aku hendak tidur, aku akan ajak sekali dia tidur. "Baby, Mama nak tidur ni. Jom tidur sama-sama. Malam baby tidur tau. Siang je jaga." Entah dia faham entahkan tidak. Haha..tapi lepas cakap tu dia senyap sahaja. Dia tidur juga agaknya. Heheh.. Sengaja cakap begitu supaya apabila baby sudah keluar nanti, dia tidak berjaga malam. Huhu.. Kini, perasaan sayangku pada baby makin menebal. Rasa sayang, rindu, rasa nak peluk, nak cium tapi tak boleh lagi sebab dia masih dalam perut. Kadang-kadang rasa macam tak sabar mahu jumpa baby. Tapi, dalam masa yang sama, tak mahu baby keluar awal. Biarlah minggu ke-36 ke atas baru baby keluar supaya dia (dan mama juga) betul-betul bersedia. Hehe..
Sekarang ni, barang kelengkapan bayi dan mama pun belum lengkap lagi. Tapi, alhamdulillah banyak juga yang sudah dibeli semalam. Pada mulanya kami ke JJ Equine. Di sana ada Baby Fair tetapi tidak banyak pilihan. Selepas Encik Suami membeli seluar tracknya, kami terus ke Kedai Manjaku di Bandar Baru Bangi. Agak senang membeli belah di tempat yang memang menjual barang bayi. Sebabnya, hampir kesemua barang keperluan ada dijual di sana. Maka, tak perlu pergi banyak tempat. Pergi satu tempat sahaja sudah boleh beli banyak barang. Malah harganya lebih murah berbanding di Kompleks Membeli Belah seperti JJ atau Giant. Lagipun, di Kompleks Membeli Belah tidak banyak pilihan. Hanya jenama tertentu sahaja yang ada. Kalau di Manjaku, bermacam-macam jenama ada. Pilih sahajalah mengikut bajet samada mahu yang murah atau yang mahal. Untuk kami, kami lebih suka memilih yang murah tetapi berkualiti. Lagi murah lagi bagus tetapi dalam masa yang sama, kualiti mestilah ok. Kalau murah tetapi tidak berkualiti, kami akan ambil yang mahal sedikit.
Semalam, dalam masa satu hari, di satu tempat sahaja, kami habis hampir RM400. Tetapi alhamdulillah, banyak barang keperluan bayi yang sudah ada. Senang sedikit hatiku. Balik sahaja ke rumah, saya terus 'sort out' barang-barang yang dibeli sambil menanda 'baby checklist'. Yang mana sudah dibeli, yang mana sudah lengkap, yang mana perlu di beli lagi, yang mana tidak perlu beli dan lain-lain lagi. Selepas itu saya kemaskan barang-barang tersebut ke dalam almari khas untuk baby. Barang-barang pakaian pula diasingkan ke tempat lain sebab selepas ini harus buat operasi membasuh pula. InsyaAllah sekiranya ada masa akan ku kongsikan 'baby checklist' itu. Sekarang masih lagi dalam proses mengemaskini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan