Isnin, September 30, 2013

Menulis dari iPhone

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Sekarang jam sudah menunjukkan pukul 5.54 petang. Saya masih menanti kedatangan anak murid, Aliyah, untuk belajar mengaji. Aisyah pula sedang menonton educational video di laptop saya. Tiba-tiba terasa seperti mahu menulis blog. Jadi saya pun cubalah menulis menggunakan iPhone ini. Sudah lama download apps Blogger tetapi belum pernah guna lagi.

Kebetulan pagi tadi sahabat saya, Maslina, berkongsi tips yang beliau belajar di Seminar Dr. Azizan Osman (DAO). Beliau menyarankan agar kita menulis blog secara konsisten. Sekurang-kurangnya 1 entri setiap hari.

Agak mencabar juga untuk WAHM seperti saya sebab saya perlu berebut handphone & laptop dengan anak saya. Tapi inshaAllah dengan adanya apps ini kerja blogging akan menjadi lebih mudah. Bila Aisyah menghadap laptop, saya boleh blogging menggunakan handphone. Tiada alasan lagi! 

Ok, setakat ini dahulu entri saya. Doakan agar saya dapat menulis dengan konsisten ya. Inshaa Allah, amin. 

Sekian, terima kasih. Wassalam. :)